Mungkin anda pernah mendengar banyak tips menghilangkan jerawat. Adakah anda tahu kebanyakkan tips yang anda dengar ada yang benar dan ada yang tidak benar?

Hari ini saya akan mendedahkan lima mitos yang popular serta penjelasannya yang patut anda tahu. Kebanyakkan mitos ini bukan saja tidak dapat merawat jerawat, malah boleh memburukkan lagi keadaan jerawat anda.

Lima mitos menghilangkan jerawat adalah:

1. Mencuci muka terlalu kerap boleh menghilangkan jerawat

Kebanyakkan jerawat yang berlaku bukan disebabkan kotoran. Dinding liang pori sebenarnya jauh di dalam kulit dan sukar kotoran pada permukaan kulit hendak sampai ke bawah.(berbeza dengan iklan di TV)

Mencuci muka sebenarnya untuk membuang kotoran dan sel kulit mati pada permukaan kulit sahaja. Pencucian muka yang kerap dan kuat dapat membukakan lagi dinding liang pori dan menolak kotoran sampai ke dinding liang pori. Akibatnya liang pori tersumbat dan menyebabkan jerawat berlaku.

Cara yang terbaik adalah mencuci muka dua kali sehari dengan perlahan-lahan. Baca tips cara mencuci muka dengan betul (klik sini)

2. Stress penyebab jerawat

Stress memberi kesan kepada hormon anda. Tindak balas hormon akibat stress menyebabkan kelenjar minyak pada liang pori menjadi aktif yang akan mengeluarkan sebum/minyak dan menghasilkan kulit mati dengan banyak.

Akibatnya jerawat akan tumbuh jika anda tidak mencuci dengan segera. Kebanyakkan punca stress disebabkan oleh kekurangan tidur. Jika anda kekurangan waktu tidur, jangan terkejut jika jerawat tumbuh di muka selepas anda bangun dari tidur :). Mitos ini boleh diterima dan digunakan.

3. Matahari membantu menghilangkan jerawat

Berjemur di bawah sinaran matahari selama 10 – 20 minit sehari boleh membantu menghilangkan jerawat terutamanya jerawat yang tumbuh di bahagian badan. Di samping membekalkan Vitamin D (bagus untuk kulit anda 🙂 ) matahari juga dapat membunuh bakteria di permukaan kulit.

Apa yang tidak elok adalah terdedah pada matahari terlalu lama iaitu sekitar satu jam ke atas. Akibatnya matahari akan merosakkan kulit dan menyebabkan kulit anda terasa gatal. Simptom ini tidak menyebabkan jerawat serta merta. Biasanya dalam masa satu ke dua minggu jika tidak dirawat dengan segera jerawat akan tumbuh. Jika anda mempunyai jerawat, cuba ingat kembali adakah anda terdedah pada matahari terlalu lama pada minggu yang lepas? :). Jadi, elakkan diri anda terdedah daripada sinaran matahari terlalu lama.

cara-menghilangkan-jerawat

4. Picit jerawat boleh menghilangkan jerawat dengan cepat

Saya rasa anda sendiri pun tahu picit jerawat boleh memudaratkan lagi keadaan jerawat tetapi ramai yang masih melakukannya. (maybe picit jerawat sebab geram kot 🙂 ). Walau apa pun alasan jerawat masih tidak boleh di picit sewenang-wenangnya.

Ramai yang menyangka memicit jerawat dengan tangan adalah mengeluarkan jerawat dari permukaan kulit. Pernyataan ini salah. Memicit jerawat sebenarnya anda menolak lagi bakteria, minyak dan sel kulit mati jauh di dalam kulit.

Akibatnya kulit akan luka, bengkak dan kemerahan. Bagi yang bernasib baik ia akan meninggalkan kesan parut hitam yang mengambil masa berbulan-bulan untuk hilang. Bagi yang kurang bernasib baik ia akan meninggalkan parut berlubang selama-lamanya.

So, jangan picit jerawat ya! 🙂

5. Anda perlu membiarkan saja untuk jerawat sembuh

Mungkin anda sudah berputus asa setelah mencuba pelbagai produk dan cara untuk menghilangkan jerawat tetapi tidak berjaya dan anda mengambil keputusan untuk membiarkan saja jerawat itu sembuh sendiri.

Jangan biarkan jerawat anda begitu saja. Ia tak kan sembuh sendiri malah akan bertambah teruk jika tidak dirawat.

Sebenarnya jerawat boleh sembuh kalau kena pada caranya. Tak ada rahsia untuk memiliki kulit yang cantik, bersih dan licin.

Jika anda masih tidak berjaya menghilangkan jerawat selepas mencuba pelbagai produk, nasihat saya berhenti membazirkan wang dan masa anda mencuba produk jerawat yang lain. Beralih ke cara lain iaitu berjumpa doktor pakar kulit. Beliau akan memberikan nasihat serta ubat yang bersesuaian dengan kulit anda. (saya rasa pelik sebab terdapat banyak jenis produk jerawat di pasaran tetapi masih ramai yang menderita dengan masalah jerawat mereka. Anda tak rasa pelik?)

Walau pun mendapatkan khidmat doktor pakar memerlukan pelaburan yang agak besar tetapi ia berbaloi dan mungkin anda dapat mengatasi masalah jerawat selama-lamanya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *