download

Bentuk wajah memainkan peranan penting dalam memilih potongan rambut, kacamata dan solekan yang sesuai. Tetapi, tidak semua orang mengenali bentuk wajah mereka sendiri. Dengan  langkah mudah di bawah, anda akan dapat mengenal pasti bentuk wajah anda dan seterusnya dapat memilih potongan rambut, stail kacamata atau solekan yang ideal dengan anda.

Langkah pertama, ukur keempat empat bahagian muka anda yang berikut:

  1. Dahi: Ukur kepanjangan dari titik tertinggi kening kanan hingga titik tertinggi kening kiri.
  2. Tulang pipi: Ukur kepanjangan dari bonggol tajam di bawah mata kanan hingga ke bonggol tajam di bawah mata kiri
  3. Garis rahang: Ukur dari dagu hingga hampir ke telinga mengikut rahang anda. Darabkan dua
  4. Panjang muka: Ukur dari anak rambut di dahi hingga ke dagu.

 

Rekodkan kesemua ukuran di atas, dan bandingkan dengan pernyataan di bawah untuk mnegenal pasti bentuk muka anda.

How-to-Determine-Face-Shape

Bulat: Ukuran panjang tulang pipi dan kepanjangan muka adalah sama dan lebih besar dari dahi dan garis rahang. Sudut rahang tidak tajam.

Segi Empat: Kesemua ukuran hampir sama. Sudut rahang tajam.

Oblong: Ukuran panjang muka paling besar. Ukuran dahi, tulang pipi dan garis rahang hampir sama.

Diamond/Permata: Ukuran panjang muka paling besar. Kemudian diikuti dengan tulang pipi, dahi dan paling kecil, ukuran garis rahang. Dagu tajam.

Tiga Segi: Garis rahang yang berukuran besar, diikuti tulang pipi dan yang paling kecil ialah dahi. Panjang muka tidak memainkan peranan.

Bujur: Ukuran panjang muka lebih besar dari lebar tulang pipi dan dahi lebih besar dari garis rahang. Sudut garis rahang berbentuk bulat.

How-to-Determine-Face-Shape-2

 

Sumber: Birchbox.com

 

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *