Jeragat atau 'freckles' dalam bahasa Inggeris adalah masalah kulit yang menyebabkan tompokan yang tidak rata. Biasanya, jika tiada masalah jerawat, masalah jeragat ini akan menyerang sesetengah individu seperti selebriti luar negara. Menurut Persatuan Dermatologi Amerika Syarikat (AAD), ‘freckles’ atau jeragat adalah salah-satu tanda kerosakan pada kulit.

Jeragat boleh menyerang kulit apabila kulit terdedah terlalu lama dengan cahaya matahari. Masalah keturunan juga penyebab ia menyerang kulit anda.

Jom, ikuti tips semulajadi untuk menghilangkan jeragat.

1. Lemon

Sapukan lemon pada kulit yang terjejas. Urut perlahan-lahan dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Lakukan 3 kali seminggu.

2. Yogurt

Bagi kulit yang sensitif, yogurt atau krim masam ini dapat membantu. Sapukan sedikit sahaja dan biarkan kering seketika. Bilas kulit anda dengan air sejuk. Amalkan setiap hari.

3. Bawang

Potong atau hiris bawang dengan kepingan tebal. Sapu perlahan-lahan pada kulit. Lakukan dua kali sehari sehingga jeragat pudar dan hilang.

4. Kulit Pisang

Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat. Biarkannya selama 5 minit dan bersihkan muka anda dengan air bersih. Amalkan setiap hari.

putih telur5. Putih telur

Ambil putih telur, rendam tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka sehingga tisu menjadi kering. Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih.

Jika Anda dah cuba 5 kaedah diatas tetapi masih tiada sebarang perubahan, kami syorkan anda cuba cara terakhir ini yang mana dapat menyelesaikan masalah jeragat ratusan wanita di luar sana. Klik SEKARANG untuk membaca kaedah rawatan TERKINI ini. Baca juga testimoni mereka yang berjaya.

Amalkan berterusan. Barulah dapat kesan yang menakjubkan. Nak kulit cantik, perlulah ada kesabaran yang tinggi. Selamat mencuba.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *