not-giant-enough-letter-a.jpgyam adalah protein yang baik untuk kesihatan. Lebih bagus lagi kalau ayam tersebut dibuang kulit dan lemak. Dada ayam adalah bahagian yang menjadi pilihan mereka yang menjaga badan atau dalam proses untuk menurunkan berat badan,

Bahagian dada ayam kalau kita makan plain sekeping macam tu jer, memang takde sangat nikmatnya. Sebab bahagian dada ayam ni agak kasar. Tapi, kalau kita pelbagaikan resipi dan potong kepada bahagian yang lebih kecil, memang rasanya lebih sedap.

Resipi Ayam Masak Bijan

(Hidangan untuk 4-5 orang)

Bahan-bahan
200 g (2 keping) dada ayam tanpa kulit, dipotong sederhana besar
30 ml (2 sudu makan) sos tomato
30 ml (2 sudu makan) madu
15 ml (1 sudu makan) sos tiram
15 ml (1 sudu makan) cuka
7 ml (1/2 sudu makan) kicap
60 g (1 biji) lada benggala merah, dihiris nipis
26 g (1biji) bawang besar, dihiris nipis
10 g (2 biji) bawang putih, diketuk
10 g (1/2 biji) halia, diparut
20 g (2 sudu makan) biji bijan, dipanggang
15 ml (1 sudu makan) minyak bijan
125 ml (1/2 cawan) air
Tepung jagung cukup untuk membalut ayam
Garam dan lada hitam secukup rasa
2 batang daun bawang, dicincang

Cara Memasak

Campurkan ayam dan lada hitam di dalam mangkuk. Masukkan kepingan ayam dan gaul rata. Tutup dan perapkan selama lebih kurang 30 minit di dalam peti sejuk.
Salutkan ayam dengan tepung jagung. Kemudian goreng dengan sedikit minyak sehingga kening keemasan. Keluarkan dari kuali dan toskan. Gunakan tisu dapur untuk menyerap minyak berlebihan.
Panaskan kuali dengan minyak bijan. Tumis bawang putih, bawang besar dan halia sehingga wangi. Masukkan sos tiram, sos tomato, madu, cuka, kicap dan lada benggala di atas api sederhana. Tambah sedikit air dan biarkan mendidih sambil mengacau. Renih sehingga sos memekat.
Salut ayam dengan sos di dalam kuali. Hiaskan dengan daun bawang dan biji bijan.

Tips Hidangan

Minyak bijak yang dipanggang adalah lebih gelap, lebih kuat baunya dan lebih wangi berbanding minyak bijan biasa.

Ianya biasanya sering digunakan di dalam masakan cina.

Gunakan sedikit sahaja minyak bijan di dalam masakan.

Tips Pemakanan

Memberus/menyapu ayam dengan minyak bijan dan memanggang di dalam ketuhar/oven adalah lebih baik daripada menggoreng.

Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan

Kalori 205 kcal
Protein 15.1 g
Karbohidrat 15.3 g
Lemak 9.3 g

Selamat mencuba ye. Terliur lah pulak rasanya dengan resipi ayam masak bijan yang mudah dan sihat ni. Boleh buat bekal anak-anak dan suami juga ni. Kalau nak mudah, sediakan bahan-bahannya siap-siap sebelum tidur. Bangun pagi esok, zaaasss, campak-campak jer dalam kuali, siap! 🙂

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *